About Me
- Najieb Syukor
- hati kita milik Allah . Allah yang gerakkan hati kita . semua yang kita ada semua Allah yang punya . jadi sebelum buat sesuatu . fikir . Allah marah atau tidak dengan apa yang kita buat tuu . Allah suka atau tidak dengan apa yang kita buat tuu . recheck niat kita . niat baik . perilaku tak baik tetap tak jadi baik :) apa yang kita buat niat kerana Allah . bila nawaitu kita kerana Allah . apa yang kita buat tuu dikira ibadah . bila dikira ibadah . kita dapat pahala . Indahnya Islam ^_^
Saturday, 27 July 2013
pesanan
Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
baca . baca dan baca .
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala ( bentuknya seperti tanduk besar ) yang memekakkan telinga , seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain . Selepas itu , Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri .
✐ Selepas semua makhluk mati , Tuhan pun berfirman mafhumnya " Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ? " Tiada siapa yang menjawab . Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya " Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa . " Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup , tidak mati .
✐ Selepas 40 tahun , Malaikat Israfil a.s. dihidupkan , seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2 , lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih , berupa padang Mahsyar ( umpama padang Arafah ) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi .
✐ Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut " Ajbuz Zanbi " yang berada di hujung tulang belakang mereka . Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih .
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina . Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak .
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia , jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar . Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan ( bagi yang banyak amal ) , berjalan kaki ( bagi yang kurang amalan ) dan berjalan dengan muka ( bagi yang banyak dosa ) . Ketika itu , ibu akan lupakan anak , suami akan lupakan isteri , setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka .
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan , matahari dan bulan dihapuskan cahayanya , lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya . Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat .
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat , lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT . Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan .
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda . Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka . Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar , bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering . Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan . Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing . Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun .
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja . Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya . Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya . Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan . Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi , warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun . Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga .
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy . Mereka ialah :
ⅰ- Pemimpin yang adil .
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah .
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid .
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah .
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina , tetapi dia menolak dengan berkata " Aku takut pada Allah " .
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi ( tidak diketahui orang ramai ) .
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah .
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar , semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman , kemudian mereka terdengar suara " pergilah berjumpa dengan para Nabi " . Maka mereka pun pergi mencari para Nabi . Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT . Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s. , Nabi Ibrahim a.s. , Nabi Musa a.s. , Nabi Isa a.s. ( semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s. ) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW . Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan .
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT . Lalu diperkenankan doa baginda .
✐ Selepas itu , terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun . Lalu terbelah langit , turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar ( besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun ) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi .
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah ( bumbung bulat ) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah . Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya . Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat .
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar . Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana .
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut . Lalu dimulakan timbangan amal . Ketika itu berterbanganlahkitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab . Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin .
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing . Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim . Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan .
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW , dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat . Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah .
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya , malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan , lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin .
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan . Saiznya amat besar , mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun . Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa .
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab .
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam . Jika dia bukan Islam , maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang .
✐ Ketika dihisab , mulut manusia akan dipateri , tangan akan berkata-kata , kaki akan menjadi saksi . Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan . Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana .
✐ Setelah amalan ditimbang , mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat .
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab .
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab .
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka .
( Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT )
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka . Mereka ini berjumlah 70 000 . Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain .
✐ Setelah berjaya dihisab , manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat . Siratul Mustaqim ialah jambatan ( titian ) yang terbentang dibawahnya neraka . Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang . Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya .
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun . 5000 tahun menaik , 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun . Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat , seperti angin , menunggang binatang korban dan berjalan kaki . Ada yang dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka , lalu mereka jatuh ke dalamnya .
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu . Setiap 1000 orang yang meniti sirat , hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya . 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka .
Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani . Pustaka Nasional Singapura 2004 .
1001 SIRAH KISAH NABI MUHAMMAD
p/s : nak nanges aku baca nie semua . tetiba terfikir . adakah aku diantara mereka yang jatuh dalam neraka tuu ? AllahuRabbi :'(
Monday, 22 July 2013
entah
Bismillahirrahmannirrahim .
Assalammualaikum .
fuh . lama rasa nya tak nulis bagai ape semua nie . huhu . hmm hari demi hari aku tempuh . aku redah . aku sendiri taktau apa yang aku nak capai . kejap nak itu . kejap nak ini . tapi kekadang tuu hati nie mcm porak peranda kejap . tak tentu arah . pendirian tak tetap . hmm . buat semua benda tak kena . aku cuba duduk . tenang kan diri kejap . muhasabah . yea . ada yang kata . . .
POYO GILA MAMAT NIE
lantak laa . poyo tak poyo . yang nak berjaya nya aku . buat apa aku dengar cemuhan orang . betul tak ? rezeki aku . Allah yang kasi . hati aku . Allah yang punya . mmg daa itu yang nak terdetik kat hati aku untuk aku muhasabah . nak wat cane . nak baiki diri kena endah kan benda ngarut yang orang cakap pasal kita tuu . betul tak ? ke aku yang salah ? haha . okay forgedid . kandang tuu bila aku nengok orang lain boleh berjaya tanpa mengharap bantuan dari Allah , aku pun pelik . cane dia boleh berjaya sedang kan Allah bukan menjadi tujuan utama dia untuk berjaya . aku fikir dan terus fikir sampai aku fedap . bila daa fedap . baru dapat jawapan . jawapan kepada soalan yang buat aku fedap fikir pasal tuu . jawapan nya . . .
UJIAN
yea . ujian . ujian menda mcm tuu . tuu bonus kott . ehh tak . itu ujian . kenapa ujian . sebab nya susah senang kita kat dunia nie . semua nya ujian . kita susah Allah nak uji sejauh mana kita berharap pada DIA . Allah bagi senang . sebab nya Allah nak nengok orang tuu time dia senang dia ingat Allah ke tidak . YES ! itu jawapan nya . mudah dan padat lagi sendat . wink* ! jadi nya sejauh manapun kita pergi atau sehebat mana pun kita . Allah tetap perhati . Malaikat kiri kanan sentiasa berkerja . Qada' Qadar Allah pasti terlaksana . kita nie hidup kejap kat atas kejap kat bawah . mcm roda . harini kita sakit . esok lusa sembuh . segar bugar Allah bagi . itu lah nikmat . kita senang . esok lusa musibah menimpa . itu laa ujian . Allah Maha Adil .
DONE
itu jea kott untuk kali nie . banyak nak diluah tapi tuu lah . tak terluah . hati nie berpinar jea . haha . berpinar tuu untuk mata rasa nya . kehkeh . okay dat's ollss . ade masa aku menaip dan terus menaip lagi sampai laa bila bila yang aku nak . hehe . orite . jaga diri . jaga hati . jaga iman . haa nak pesan nie . tak baik takpe . asalkan tak buat benda yang tak baik . tinggal kan perkara yang tak baik daa cukup buat diri kita baik . ingat ! bukan orang yang bagi kita syurga . Allah yang bagi . so tetap kan pendirian . jangan jadi macam aku . aku nie nothing jea . more to positive . negative ? buang dalam gaung . 1 2 3 . Bismillahirrahmannirrahim . Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh . jumpa lagi (^_~)
Monday, 25 March 2013
isnin
Assalammualaikum .
okay takde bende nak buat actually harini . nak buat kerja pun malas . walaupun aku bnyk gila tak siap . hahah . okay . harinie nak cerita sikit pasal isnin . ISNIN ~ hahahah . seram kan ? k tak kelakar . bila sebut isnin . semua orang tak suka . semua orang " kalau senin takde kan bagus " erm kalau tanak ade senin . pegi marikh sana . hahah . teruk sngt ke isnin tuu ? bagi aku mmg teruk pun . hahah . yea laa bukan apa . dari sekolah lagi . bila isnin jea "alaa . lemah nya aku nak g kelas " tipu lah kalau student takde yang merungut time senin . hahaha . haa okay bila cite bab sekolah . masuk cite bab sekolah kejap okay ? pasal isnin jugak . tapi dekat sekolah . eah kejap kejap . dekat tadika dulu . okay terus kan membaca :p
time tadika :
# aku suka time tadika . sebab aku comel mase tuu . hahaha . skrg pun comel jugek . kehkeh . k perasan :p okay dulu mmg laa masa tadika aku isnin . sebab apa ? sebab budak 5 tahun takde mase isnin . dorang cuti . then aku boleh main buai time balik kelas . hahaha . haa dulu aku sekolah pasti . alaa yang pakai baju hijau . kopiah hijau putih tuu . haa cuba korang bayang kan aku time tuu . sumpah wey . comel gila aku . hahaha . okay . time isnin jugak kalau dekat tadika , aku suka sebab hari isnin dapat makan mee goreng . air milo tarik . koko krunch . sedap . hehe . rehat pun lama jugak masa tuu . dari pukul 10 sampai 10.45 haa lama tak ? makan lelaju . aku terus keluar kelas . cop buai . hahaha . yaa ALLAH comel nya aku time tuu . hahaha . pastu subject untuk hari isnin pun best . subject kaler kaler . gunting gunting kertas . haaa . best . hehe . korang pun sama jugak aku rasa kan ? tipu beno kalau tadika korang daa belajar addmath . aku tumbok muka kau . hahahah -,-'' okay pastu masa tadika jugak . ade perhimpunan . tapi paling comel sekali time tuu aku laa . hahaha . k lagi sekali :p ade nyanyi nyanyi . seronok laa . taktau nak cakap mcm mana . aku pun dah lupa apa lagi yang aku buat masa hari isnin kat sekolah tadika dulu . hahaha . yang penting aku comel dan tak gemok ;3
time sekolah rendah :
# haa tepat masa aku sekolah rendah dulu aku masa hari first sekolah darjah satu . err ~ ISNIN . yang panas terik . terik menerik tertarik . hahaha . haa kau , tertarik terus . serius . panas . adek adek yang sekolah pagi tuu okay lakan . boleh ejek ejek yang sekolah petang yang petang nie . tahan jea sebab nak kena perhimpunan lagi . err ~ rentung kulit mak nak . hahaha . habis lokos baju sekolah . nak nak yang gemok . hahaha . habis segala nya kantoi mantoi . hahaha . bau nya apa lagi kan . pehh . ayam percik doe !!~ hahaha . itu darjah satu . aku sekolah petang cuma darjah 1 , 2 , 3 darjah 4 , 5 , 6 aku sekolah pagi . kehkeh . so selama aku sekolah rendah 6 tahun tuu . bnyk perkara pahit manis yang berlaku time hari isnin . salah satu nya aku sanggup beratur nak beli nasik lemak dan masuk sekolah lambat lambat dan lambat . hahaha . yang penting aku puas dapat beli nasik lemak tuu . " cik ani . nak sambal lebih ngn timun lebih yea " hahah . seronok sebenarnya hari senin nie :D
time sekolah menengah :
# naik jea sekolah menengah . aku start tak suka isnin . hahaha . sebab apa ? sebab ade perhimpunan . pastu ade check rambut *aku selalu kena sopak , sebab tuu aku tak suka . hahaha -,-" then bila daa check rambut . ustaz mesti tengok stokin pendek ke panjang . eah eah . dia suruh student pakai btul betul paras pertengahan betis . ouu tidak . very de' panjang doe . tak suka betul aku . aku stokin paras buku lali jea . hahah . then kena sebat kaki dengan ustaz . malang betul nasib :'3 dah laa rambut kena sopak . pastu kena sebat pulak tuu . apakah dosa ku . err ~ :'/ pastu nak balas dendam punya pasal . aku terus tak masuk kelas sampai lah ke rehat . peduli hape aku . hahaha . aku bagi alasan nak lap rambut lah ape semua . bnyk betul alasan aku bagi mase tuu . sampai rehat jea terus g kantin . hari senin kat kantin jual mee goreng sambal . pehh ! 3 mangkuk sekali aku beli . hahaha . febret aku tuuuuuu . serius sedap gila . mmg tak boleh nak digambarkan dengan kata kata . ewah . hahaha . tapi bila habis rehat subject bahasa arab dan aku mmg tak suka . sebab apa ? sebab kerja tak siap . hahaha . then lari lagi . tuu jea laa kerja aku . terukkan aku ? :D tapi kedatangan sentiasa full . sebab aku dulu kaki kelentong . hahaha . aku taktau aku belajar dari siapa bnde bnde teruk nie semua . hahaha . tapi nak tutup aku punya salah masa dulu . aku kantoi kan budak form3 isap rokok . hahaha . sebab dorang jugak rambut aku kena sopak . so adil lah kan ? sama sama kena . sopak boleh tumbuh . tapi kalau kantoi . nama terus blacklish . BHAHAHAH . hamek kau xD isnin jugak laa nak kena turun dari asrama cepat . weirdo ~ padahal aku pengawas asrama . tapi aku turun lambat aku pun kena rotan sekali . dah kenapa cikgu nie ? -,-'' hahaha .
time sekarang (kolej) :
# okay tanak cerita dulu . aku dah habis belajar nnti baru aku update balik pasal ISNIN nie . hahaha . yang kolej punya belakang cerita okay ? tanak cakap ape lagi dah :) bhahaha xD
conclusion nya , sebenarnya isnin takde apa pun . takde bawa bala bencana pun . samamcm hari hari yang lain . hujan . mendung . sama jea . takde beza . cuma korang malas nak perhimpunan . nak hantar kerja sekolah yang menimbun tuu kan ? korang malas nak ngadap lecturer , nak hantar assignment ape semua tuu rite ? panas . rasa nak cuti lama lama kan ? haa lagi satu malas nak ngadap jem bagi yang dah kerja . nak hantar kerja yang boss mintak ape semua tuu . betol tak ? so setiap hari you must think what the best for you today . bangun pagi . baca doa bangun tido . taktau ? pegi cari kat google bnyk . tak pun tanya sesiapa yang tau . haha . okay ? mandi . jgn lupa sarapan . senyum . happy happy kan diri . dan yakin untuk buat kerja apa sekali pun ! okay ? senang kan ? so jgn stress stress . senyum ^_______________^ okay nie jea kott yang aku nak type . ade masa aku type lagi untuk yang sudi stalk blog aku nie . hahaha . k jaga diri . jaga hati . jaga iman . okay ? Assalammualaikum :)
Thursday, 7 March 2013
Tarbiyah Diri
Assalammualaikum .
Alhamdulillah . aku masih hidup untuk hari ini . tiba tiba hati terdetik nak menaip time mengantuk nie . malam nie pun aman jea . angin kat luar tuu pun sejuk jea . nak hujan agak nya . Alhamdulillah kalau hujan tengah malam . subur tanaman pacik pacik ngn macik macik kat kampung tuu :) dalam aku senyap untuk seketika . aku terfikir . aku mengira . aku membayangkan . berapa banyak dosa yang aku dah buat pada Allah . tapi Allah masih sayang aku . masih bagi aku bernafas . masih menggerakkan jantung aku . kadang kadang aku terfikir . orang yang hebat ilmu agamanya . yang tinggi iman nya . masih lagi sujud mengabdikan diri pada Allah . masih menjauhkan diri dengan apa yang Allah larang . tapi aku ? manusia yang masih tiada titik pengakhiran dalam melakukan dosa . yang masih membuat salah . tak pernah nak berubah . Allahurabbi :'( yea aku sedar . dalam kesusahan aku . dalam kesenangan aku . itu semua Allah yang bagi . aku terima . kadang kala aku merungut . kenapa Allah buat aku macam nie . tapi bila sampai masa Allah hadirkan beberapa kawan yang untuk menyedarkan aku . hati aku tersentak .
Alhamdulillah . aku masih hidup untuk hari ini . tiba tiba hati terdetik nak menaip time mengantuk nie . malam nie pun aman jea . angin kat luar tuu pun sejuk jea . nak hujan agak nya . Alhamdulillah kalau hujan tengah malam . subur tanaman pacik pacik ngn macik macik kat kampung tuu :) dalam aku senyap untuk seketika . aku terfikir . aku mengira . aku membayangkan . berapa banyak dosa yang aku dah buat pada Allah . tapi Allah masih sayang aku . masih bagi aku bernafas . masih menggerakkan jantung aku . kadang kadang aku terfikir . orang yang hebat ilmu agamanya . yang tinggi iman nya . masih lagi sujud mengabdikan diri pada Allah . masih menjauhkan diri dengan apa yang Allah larang . tapi aku ? manusia yang masih tiada titik pengakhiran dalam melakukan dosa . yang masih membuat salah . tak pernah nak berubah . Allahurabbi :'( yea aku sedar . dalam kesusahan aku . dalam kesenangan aku . itu semua Allah yang bagi . aku terima . kadang kala aku merungut . kenapa Allah buat aku macam nie . tapi bila sampai masa Allah hadirkan beberapa kawan yang untuk menyedarkan aku . hati aku tersentak .
" jieb , Allah bagi tuu semua sebab Allah sayang kita "
dan aku mula fikir kembali . berdosa nya aku sebab menganggap yang buruk pada Allah . mengeluh dengan segala ujian yang Allah bagi pada aku . itu baru sikit yang Allah bagi kat aku . tapi aku punya merungut itu ini . tanpa aku sedar DIA lah yang bagi aku makan . DIA lah yang bagi aku minum . dan DIA juga lah yang bagi aku KEDUA IBU BAPA yang bnyk berkorban untuk aku . dari kecil aku . sehingga dewasa nya aku . sehingga sihat nya tubuh badan aku . DIA lah yang menghadiahkan pada aku sahabat sahabat yang baik . sahabat sahabat yang hebat ilmu agama nya yang dalam masanya membantu aku tika aku lupa . TERIMA KASIH yaa ALLAH . Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Engkau :') bilamana hati aku terusik . aku tertanya tanya . dimana aku harus mencari cinta yang indah selain cinta yang ditaburkan oleh manusia yang lain sesama mereka . cinta yang belum pasti . tapi aku mencari cinta ILAHI . suatu CINTA yang AGUNG duniawi wa ukhrawi . Cinta DIA adalah cinta terhebat .
dalam kesamaran . aku meredah . aku menapak satu demi satu . banyak benda yang aku tempuh untuk mendapat Cinta dariNYA . susah senang . penat lelah . ganjarannya ALLAHURABBI :') semanis manis KECINTAAN buat semua umat manusia . carilah kalian CINTA ALLAH . CINTA RASULULLAH . CINTA IBU DAN AYAH . CINTA PADA SAHABAT . dan jika ALLAH perkenankan doa kalian . maka bersatu lah hati mu dan juga hati jodoh mu :') lambat atau cepat bergantung pada usaha . niat . doa . dan tawakkal . jangan sesekali berpaling tadah terhadap apa yang telah ALLAH berikan . baik mahupun buruk . itu semua ujian . tempuh selagi mampu . tempuh selagi terdaya . ALLAH sayang kita . ALLAH kasih terhadap kita . sebab itu DIA memberi ujian pada kita untuk kita membuktikan tanda kecintaan kita kepada NYA :')
setiap hari menangis . hati gelisah . gundah gulana . buntu dalam semua perkara . jangan tunduk . jangan malu . berwudhuklah . dan maka selepas berwudhuk . maka dirikan solat . dengan itu sahaja aku dapat menenangkan jiwa yang kian hilang . terkulai layu hati tidak dapat menerima segala ujian . yea . menangis aku terduduk . seolah olah aku dibuang . bagai hidup tiada harapan yang cerah yang mampu menyuluh aku dalam kesamaran hidup . aku cuba bangun . aku jatuh kembali . hati ini tidak kuat sahabat . terlalu hebat ujian yang ALLAH berikan buat ku . ALLAH terlalu rindu pada hambanya sehinggakan ALLAH menghantar malaikat untuk memberi HADIAH buat ku . hadiah apa ? ujian . dengan ujian aku kembali mengingati ALLAH . dengan ujian hati ini berpaut kembali kepada kedudukan asal nya hati ini yang dimana dulu sangat mencintai PENCIPTANYA . . tapi sekarang kecintaan itu pudar . kerana apa ? kerana iman aku tak sekuat MUHAMMAD . pendirian ku tak seteguh SAIDINA HAMZAH . aku manusia yang cuba bangun dari mimpi dongeng yang selama ini sebati dalam diri aku . yea aku malu . malu kerana apa ? solat ku tinggal . ALLAH ku lupa . nikmat yang diberi terus aku ambil . tanpa berfikir . walaupun ALLAH membiarkan perilaku ku . tapi DIA tetap menyayangi aku :'(
aku tertanya tanya . adakah mati ku ramai yang mendoakan ? adakah mati ku dibiarkan ? adakah mati ku menjadi bangai makanan haiwan ? adakah matiku dalam keadaan hina ? ALLAHURABBI :'( aku takut . aku takut ALLAH tidak pandang wajah ku ketika diakhirat . aku takut MUHAMMAD tidak mengaku aku umat nya . dan aku takut dosa aku pada IBU dan AYAH tidak diampunkan :'( adakah aku menjadi bahan bakar didalam api neraka ? Allah ~ adakah titian sirat mampu ku redah ? adakah kuburku disinari cahaya ? mana mungkin . aku pendosa tanpa noktah . tiada jalan yang terbaik selain aku bertaubat dan menjadi seseorang yang sentiasa mengabdikan diri pada ALLAH .
bangkit lah sahabat . kita sudah tersesat jauh . kita terlalu leka dengan nikmat dunia . ALLAHURABBI . ini semua sementara . berubah lah walau sekecil zarah . kerana itu lebih baik daripada tiada perubahan . berubah perlahan lahan . yang penting istiQomah . jangan mudah mengalah . bila terjatuh . niat dalam hati .
note : maaf jika ada membuat salah silap pada kalian . aku menasihati diri sendiri . dalam pada yang sama aku mengajak kalian berubah untuk mendapat keredhaan ALLAH . maaf jika ada terguris hati dan perasaan kalian . semoga kita dirahmatiNYA selalu . Aamiin .
dalam kesamaran . aku meredah . aku menapak satu demi satu . banyak benda yang aku tempuh untuk mendapat Cinta dariNYA . susah senang . penat lelah . ganjarannya ALLAHURABBI :') semanis manis KECINTAAN buat semua umat manusia . carilah kalian CINTA ALLAH . CINTA RASULULLAH . CINTA IBU DAN AYAH . CINTA PADA SAHABAT . dan jika ALLAH perkenankan doa kalian . maka bersatu lah hati mu dan juga hati jodoh mu :') lambat atau cepat bergantung pada usaha . niat . doa . dan tawakkal . jangan sesekali berpaling tadah terhadap apa yang telah ALLAH berikan . baik mahupun buruk . itu semua ujian . tempuh selagi mampu . tempuh selagi terdaya . ALLAH sayang kita . ALLAH kasih terhadap kita . sebab itu DIA memberi ujian pada kita untuk kita membuktikan tanda kecintaan kita kepada NYA :')
setiap hari menangis . hati gelisah . gundah gulana . buntu dalam semua perkara . jangan tunduk . jangan malu . berwudhuklah . dan maka selepas berwudhuk . maka dirikan solat . dengan itu sahaja aku dapat menenangkan jiwa yang kian hilang . terkulai layu hati tidak dapat menerima segala ujian . yea . menangis aku terduduk . seolah olah aku dibuang . bagai hidup tiada harapan yang cerah yang mampu menyuluh aku dalam kesamaran hidup . aku cuba bangun . aku jatuh kembali . hati ini tidak kuat sahabat . terlalu hebat ujian yang ALLAH berikan buat ku . ALLAH terlalu rindu pada hambanya sehinggakan ALLAH menghantar malaikat untuk memberi HADIAH buat ku . hadiah apa ? ujian . dengan ujian aku kembali mengingati ALLAH . dengan ujian hati ini berpaut kembali kepada kedudukan asal nya hati ini yang dimana dulu sangat mencintai PENCIPTANYA . . tapi sekarang kecintaan itu pudar . kerana apa ? kerana iman aku tak sekuat MUHAMMAD . pendirian ku tak seteguh SAIDINA HAMZAH . aku manusia yang cuba bangun dari mimpi dongeng yang selama ini sebati dalam diri aku . yea aku malu . malu kerana apa ? solat ku tinggal . ALLAH ku lupa . nikmat yang diberi terus aku ambil . tanpa berfikir . walaupun ALLAH membiarkan perilaku ku . tapi DIA tetap menyayangi aku :'(
aku tertanya tanya . adakah mati ku ramai yang mendoakan ? adakah mati ku dibiarkan ? adakah mati ku menjadi bangai makanan haiwan ? adakah matiku dalam keadaan hina ? ALLAHURABBI :'( aku takut . aku takut ALLAH tidak pandang wajah ku ketika diakhirat . aku takut MUHAMMAD tidak mengaku aku umat nya . dan aku takut dosa aku pada IBU dan AYAH tidak diampunkan :'( adakah aku menjadi bahan bakar didalam api neraka ? Allah ~ adakah titian sirat mampu ku redah ? adakah kuburku disinari cahaya ? mana mungkin . aku pendosa tanpa noktah . tiada jalan yang terbaik selain aku bertaubat dan menjadi seseorang yang sentiasa mengabdikan diri pada ALLAH .
bangkit lah sahabat . kita sudah tersesat jauh . kita terlalu leka dengan nikmat dunia . ALLAHURABBI . ini semua sementara . berubah lah walau sekecil zarah . kerana itu lebih baik daripada tiada perubahan . berubah perlahan lahan . yang penting istiQomah . jangan mudah mengalah . bila terjatuh . niat dalam hati .
" ini ujian untuk orang yang nak berubah "
ingat . ALLAH nak uji kecintaan kita pada DIA . jangan mengalah . bila jatuh . bangun semula . jatuh , bangun kembali . kuatkan hati . teguhkan iman . kita nak jadi baik mmg begitu . bnyk cemuhan dari orang ramai . tiada apa yang dapat dilihat diraut wajah ibu bapa kita dengan melihat anak nya menjadi baik dan mampu mendoakan nya dalam solat . jaga ikhtilat . jaga aurat . jaga adab . jaga perilaku . jaga diri . jaga iman . semoga ALLAH menyayangi kita semua . InShaAllahu Taala . Aamiin . Assalammualaikum .
Subscribe to:
Comments (Atom)

