About Me
- Najieb Syukor
- hati kita milik Allah . Allah yang gerakkan hati kita . semua yang kita ada semua Allah yang punya . jadi sebelum buat sesuatu . fikir . Allah marah atau tidak dengan apa yang kita buat tuu . Allah suka atau tidak dengan apa yang kita buat tuu . recheck niat kita . niat baik . perilaku tak baik tetap tak jadi baik :) apa yang kita buat niat kerana Allah . bila nawaitu kita kerana Allah . apa yang kita buat tuu dikira ibadah . bila dikira ibadah . kita dapat pahala . Indahnya Islam ^_^
Saturday, 27 July 2013
pesanan
Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
baca . baca dan baca .
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala ( bentuknya seperti tanduk besar ) yang memekakkan telinga , seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain . Selepas itu , Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri .
✐ Selepas semua makhluk mati , Tuhan pun berfirman mafhumnya " Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ? " Tiada siapa yang menjawab . Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya " Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa . " Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup , tidak mati .
✐ Selepas 40 tahun , Malaikat Israfil a.s. dihidupkan , seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2 , lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih , berupa padang Mahsyar ( umpama padang Arafah ) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi .
✐ Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut " Ajbuz Zanbi " yang berada di hujung tulang belakang mereka . Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih .
✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina . Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak .
✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia , jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar . Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan ( bagi yang banyak amal ) , berjalan kaki ( bagi yang kurang amalan ) dan berjalan dengan muka ( bagi yang banyak dosa ) . Ketika itu , ibu akan lupakan anak , suami akan lupakan isteri , setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka .
✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan , matahari dan bulan dihapuskan cahayanya , lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya . Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat .
✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat , lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT . Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan .
✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda . Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka . Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar , bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering . Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan . Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing . Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun .
✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja . Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya . Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya . Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan . Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi , warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun . Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga .
✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy . Mereka ialah :
ⅰ- Pemimpin yang adil .
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah .
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid .
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah .
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina , tetapi dia menolak dengan berkata " Aku takut pada Allah " .
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi ( tidak diketahui orang ramai ) .
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah .
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar , semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman , kemudian mereka terdengar suara " pergilah berjumpa dengan para Nabi " . Maka mereka pun pergi mencari para Nabi . Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT . Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s. , Nabi Ibrahim a.s. , Nabi Musa a.s. , Nabi Isa a.s. ( semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s. ) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW . Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan .
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT . Lalu diperkenankan doa baginda .
✐ Selepas itu , terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun . Lalu terbelah langit , turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar ( besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun ) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi .
✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah ( bumbung bulat ) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah . Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya . Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat .
✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar . Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana .
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut . Lalu dimulakan timbangan amal . Ketika itu berterbanganlahkitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab . Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin .
✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing . Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim . Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan .
✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW , dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat . Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah .
✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya , malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan , lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin .
✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan . Saiznya amat besar , mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun . Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa .
✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab .
✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam . Jika dia bukan Islam , maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang .
✐ Ketika dihisab , mulut manusia akan dipateri , tangan akan berkata-kata , kaki akan menjadi saksi . Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan . Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana .
✐ Setelah amalan ditimbang , mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat .
✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab .
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab .
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka .
( Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT )
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka . Mereka ini berjumlah 70 000 . Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain .
✐ Setelah berjaya dihisab , manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat . Siratul Mustaqim ialah jambatan ( titian ) yang terbentang dibawahnya neraka . Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang . Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya .
✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun . 5000 tahun menaik , 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun . Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat , seperti angin , menunggang binatang korban dan berjalan kaki . Ada yang dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka , lalu mereka jatuh ke dalamnya .
✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu . Setiap 1000 orang yang meniti sirat , hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya . 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka .
Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani . Pustaka Nasional Singapura 2004 .
1001 SIRAH KISAH NABI MUHAMMAD
p/s : nak nanges aku baca nie semua . tetiba terfikir . adakah aku diantara mereka yang jatuh dalam neraka tuu ? AllahuRabbi :'(
Monday, 22 July 2013
entah
Bismillahirrahmannirrahim .
Assalammualaikum .
fuh . lama rasa nya tak nulis bagai ape semua nie . huhu . hmm hari demi hari aku tempuh . aku redah . aku sendiri taktau apa yang aku nak capai . kejap nak itu . kejap nak ini . tapi kekadang tuu hati nie mcm porak peranda kejap . tak tentu arah . pendirian tak tetap . hmm . buat semua benda tak kena . aku cuba duduk . tenang kan diri kejap . muhasabah . yea . ada yang kata . . .
POYO GILA MAMAT NIE
lantak laa . poyo tak poyo . yang nak berjaya nya aku . buat apa aku dengar cemuhan orang . betul tak ? rezeki aku . Allah yang kasi . hati aku . Allah yang punya . mmg daa itu yang nak terdetik kat hati aku untuk aku muhasabah . nak wat cane . nak baiki diri kena endah kan benda ngarut yang orang cakap pasal kita tuu . betul tak ? ke aku yang salah ? haha . okay forgedid . kandang tuu bila aku nengok orang lain boleh berjaya tanpa mengharap bantuan dari Allah , aku pun pelik . cane dia boleh berjaya sedang kan Allah bukan menjadi tujuan utama dia untuk berjaya . aku fikir dan terus fikir sampai aku fedap . bila daa fedap . baru dapat jawapan . jawapan kepada soalan yang buat aku fedap fikir pasal tuu . jawapan nya . . .
UJIAN
yea . ujian . ujian menda mcm tuu . tuu bonus kott . ehh tak . itu ujian . kenapa ujian . sebab nya susah senang kita kat dunia nie . semua nya ujian . kita susah Allah nak uji sejauh mana kita berharap pada DIA . Allah bagi senang . sebab nya Allah nak nengok orang tuu time dia senang dia ingat Allah ke tidak . YES ! itu jawapan nya . mudah dan padat lagi sendat . wink* ! jadi nya sejauh manapun kita pergi atau sehebat mana pun kita . Allah tetap perhati . Malaikat kiri kanan sentiasa berkerja . Qada' Qadar Allah pasti terlaksana . kita nie hidup kejap kat atas kejap kat bawah . mcm roda . harini kita sakit . esok lusa sembuh . segar bugar Allah bagi . itu lah nikmat . kita senang . esok lusa musibah menimpa . itu laa ujian . Allah Maha Adil .
DONE
itu jea kott untuk kali nie . banyak nak diluah tapi tuu lah . tak terluah . hati nie berpinar jea . haha . berpinar tuu untuk mata rasa nya . kehkeh . okay dat's ollss . ade masa aku menaip dan terus menaip lagi sampai laa bila bila yang aku nak . hehe . orite . jaga diri . jaga hati . jaga iman . haa nak pesan nie . tak baik takpe . asalkan tak buat benda yang tak baik . tinggal kan perkara yang tak baik daa cukup buat diri kita baik . ingat ! bukan orang yang bagi kita syurga . Allah yang bagi . so tetap kan pendirian . jangan jadi macam aku . aku nie nothing jea . more to positive . negative ? buang dalam gaung . 1 2 3 . Bismillahirrahmannirrahim . Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh . jumpa lagi (^_~)
Subscribe to:
Comments (Atom)

