HANYA BINGKISAN HATI . APA YANG DIRASA . DIKONGSI BERSAMA . HANYA JIWA MENJADI PENCANTUM CINTA . DARI MANUSIA KEPADA PENCIPTA

About Me

My photo
hati kita milik Allah . Allah yang gerakkan hati kita . semua yang kita ada semua Allah yang punya . jadi sebelum buat sesuatu . fikir . Allah marah atau tidak dengan apa yang kita buat tuu . Allah suka atau tidak dengan apa yang kita buat tuu . recheck niat kita . niat baik . perilaku tak baik tetap tak jadi baik :) apa yang kita buat niat kerana Allah . bila nawaitu kita kerana Allah . apa yang kita buat tuu dikira ibadah . bila dikira ibadah . kita dapat pahala . Indahnya Islam ^_^

Saturday, 27 July 2013

pesanan



Bismillahirrahmannirrahim
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh


baca . baca dan baca .


Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala ( bentuknya seperti tanduk besar ) yang memekakkan telinga , seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain . Selepas itu , Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri .

✐ Selepas semua makhluk mati , Tuhan pun berfirman mafhumnya " Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini ? " Tiada siapa yang menjawab . Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya " Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa . " Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup , tidak mati .

✐ Selepas 40 tahun , Malaikat Israfil a.s. dihidupkan , seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2 , lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih , berupa padang Mahsyar ( umpama padang Arafah ) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi .

✐ Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut " Ajbuz Zanbi " yang berada di hujung tulang belakang mereka . Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih .

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina . Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak .

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia , jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar . Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan ( bagi yang banyak amal ) , berjalan kaki ( bagi yang kurang amalan ) dan berjalan dengan muka ( bagi yang banyak dosa ) . Ketika itu , ibu akan lupakan anak , suami akan lupakan isteri , setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka .

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan , matahari dan bulan dihapuskan cahayanya , lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya . Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat .

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat , lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT . Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan .

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda . Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka . Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar , bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering . Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan . Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing . Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun .

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja . Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya . Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya . Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan . Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi , warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun . Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga .

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy . Mereka ialah :

ⅰ- Pemimpin yang adil .

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah .

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid .

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah .

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina , tetapi dia menolak dengan berkata " Aku takut pada Allah " .

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi ( tidak diketahui orang ramai ) .

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah .

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar , semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman , kemudian mereka terdengar suara " pergilah berjumpa dengan para Nabi " . Maka mereka pun pergi mencari para Nabi . Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT . Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s. , Nabi Ibrahim a.s. , Nabi Musa a.s. , Nabi Isa a.s. ( semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s. ) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW . Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan .

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT . Lalu diperkenankan doa baginda .

✐ Selepas itu , terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun . Lalu terbelah langit , turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar ( besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun ) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi .

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah ( bumbung bulat ) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah . Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya . Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat .

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar . Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana .

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut . Lalu dimulakan timbangan amal . Ketika itu berterbanganlahkitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab . Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin .

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing . Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim . Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan .

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW , dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat . Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah .

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya , malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan , lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin .

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan . Saiznya amat besar , mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun . Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa .

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab .

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam . Jika dia bukan Islam , maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang .

✐ Ketika dihisab , mulut manusia akan dipateri , tangan akan berkata-kata , kaki akan menjadi saksi . Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan . Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana .

✐ Setelah amalan ditimbang , mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat .

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab .

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab .

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka .

( Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT )

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka . Mereka ini berjumlah 70 000 . Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain .

✐ Setelah berjaya dihisab , manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat . Siratul Mustaqim ialah jambatan ( titian ) yang terbentang dibawahnya neraka . Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang . Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya .

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun . 5000 tahun menaik , 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun . Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat , seperti angin , menunggang binatang korban dan berjalan kaki . Ada yang dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka , lalu mereka jatuh ke dalamnya .

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu . Setiap 1000 orang yang meniti sirat , hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya . 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka .

Rujukan : Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani . Pustaka Nasional Singapura 2004 .

1001 SIRAH KISAH NABI MUHAMMAD




p/s : nak nanges aku baca nie semua . tetiba terfikir . adakah aku diantara mereka yang jatuh dalam neraka tuu ? AllahuRabbi :'(

1 comment:

  1. Allahu. Menangis bce. Semoga Allah permudahkan urusan kita di akhirat kelak :'(

    ReplyDelete

This in an Official Blog : Najieb Syukor. Copyright© All Rights Reserved. http://najiebsyukor.blogspot.com